Tuesday 11 September 2012

burnout? oh,agak2 kita guru burnout tak?jom check! ;)



+nota kaki: ada ujian utk test burnout, cikgu-cikgu boleh check kt sini:
www.mindtools.com/burnout.html

Wednesday 5 September 2012

kerja E (dan 24 abjad lain) vs kerja C

oouuucchhhhh...tajuk entry bikin hangit..(nk rolling eyes boleh?hahah)
bestnya kerja E tu..dan kerja 24 abjad yg lain..
jom kita tgk apa yg best tu..
1. duit gaji dapat berkoyan-koyan..
2. anak2 makan pakai boleh hire bibiks jaga..
3. bab pendidikan xpayah kisah dh..anto je ke sekolah, selesai masalah..pandai-pandai la cikgu nk ngajo..
4. kalau rasa penat dh keja, buka syarikat jadi mandor..
wahhh..bestnya..
jadi cikgu best tak?
1. kalau nk pikirkan kaya berduit, jgn jd cikgu..(ni pesan ibu dan cikgu-cikgu saya)
2. balik sekolah masak, basuh, lipat baju..bla..bla.. bagi anak-anak makan..malam marking buku, paper exam, isi SAPS, apa nk ngajo esok..bla..bla..
3. pendidikan..kena pikir anak sendiri, anak-anak orang lagi..uih..tak buat keja sekolah lepas tu anak tak pandai, cikgu jugak yang salah..ish..ish..nk denda nnt, parent dtg ckp "see u in court!" mak aihh..
4. kalau rasa penat keja? kalau keja E boleh buka syarikat sendiri, kalau keja cikgu? boleh ke buka sekolah sendiri?hahhahah
tp,
yg pasti, apa jua pekerjaan kita semuanya sama saja susah dan senangnya..
kejalah sebagai A,B,C,D hingga ke abjad Z pun,pengalaman, risiko,untung-tak-untung,senang lenang, susah payah dan apa jua pun tetap sama..:)
yg penting, kena BERSYUKUR!
 
 
+nota kaki:
“You never really understand a person until you consider things from his point of view... Until you climb inside of his skin and walk around in it.”  
(to kill a mockingbird)
 

Solat? Susah ke?


jadi, mudahkan?
tak sampai 10 minit pun kita dah selesai jalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim..
nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih..
untuk cikgu-cikgu, kalaupun ada latihan sukan, kelas tambahan dan lain-lain aktiviti di sekolah, berilah ruang masa untuk anak-anak didik kita menunaikan solat..bukannya lama pun..
lagi bagus, cikgu pon join la anak-anak murid menunaikan solat! insyaAllah, guru role model masyarakat! ;)

Islam itu mudah! :)

+ nota kaki: nk dpt kejayaan kena la tunaikan solat ;)  
i love Islam and Islam is my way of life.

deqna ideris

Isu (oleh:Nurul Husna Ideris) - Artikel/Jurnal


Oleh Raja Noraina Raja Rahim


KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.
Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.
Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

myMetro: 31 Mei 2012

Guru wanita dipercayai dirogol rakan sekerja

Wartawan Sinar Harian
25 Julai 2012


SABAK BERNAM- Perubahan sikap seorang guru wanita yang menjadi pasif dan pendiam membongkar rahsia dia dirogol rakan sekerjanya.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian jam 5 pagi, 14 April lalu, mangsa yang baru bangun dari tidur diterkam suspek berusia 37 tahun di ruang tamu rumahnya sebaik sahaja dia membuka pintu.

"Suspek seorang guru sekolah rendah bertindak menerkam dan merogol mangsa yang ketika itu bersendirian di rumah.

"Bagaimanapun tiada ugutan yang dibuat dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Noor Mushar,  disebabkan kejadian itu, mangsa berusia 33 tahun itu trauma dan berubah  sikap menjadi pasif serta pendiam yang kemudiaannya perubahan itu disedari oleh suami mangsa.

"Mangsa yang pada mulanya takut menceritakan tragedi itu akhir terpaksa mengakui menjadi mangsa rogol selepas didesak berkali-kali oleh suaminya.

"Mangsa ditemani suami kemudiaannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, kira-kira jam 2 petang, Ahad lalu," katanya.

Berdasarkan laporan yang diterima, polis bertindak menahan suspek yang sudah berkahwin namun masih belum mempunyai cahaya mata itu di kediamannya di sekitar Sungai Besar kira-kira jam 10 malam, pada hari sama laporan dibuat.

"Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

Sementara itu, katanya, orang ramai diminta segera membuat laporan dan tidak mendiamkan diri sekiranya menjadi mangsa jenayah.

"Laporan itu penting bagi memudahkan siasatan dijalankan dan membolehkan tindakan segera diambil ke  atas penjenayah," katanya.

Sinar Harian: 25 Julai 2012



RUJUKAN
BUKU
Noriati A. Rashid, Boon, P.Y, & Wong, K. W (2010).Siri Pendidikan Guru Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor: Oxford Fajar
INTERNET
http://www.de2.psu.edu/harassment/legal/

EDU3108- "Guru Miang Melampau"- bahagian 2

“GURU MIANG MELAMPAU”
Oleh:
Nurul Husna Binti Ideris

sambungan..

Etika Perguruan
            Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
a. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
b. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
c. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
d. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
e. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Kepentingan Etika Guru
            Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
  1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
  2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
  3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
  4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
  5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
  6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

Akauntabiliti Seorang Guru
            Secara umumnya terdapat beberapa perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan akauntabiliti guru ini. Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri daripada mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau kepercayaan atau falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup luas untuk melakukan perkara ini.
            Menjauhi amalan matlamat menghalalkan cara merupakan satu tangungjawab kerana ia bertentangan dengan objektif utama pendidikan iaitu memindahkan ilmu dan menanam nilai-nilai murni. Dalam isu penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan. Mereka akan melakukan apa sahaja, termasuklah mengeluarkan nama pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon sekolah kepada calon persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang guru.

            Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat penilaian berasaskan faktor bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya. Sistem penilaian peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains Tulen, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan cara yang tidak bertanggungjawab.

            Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus, di mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan kepada pelajar.

            Menggunakan kuasanya secara bijaksana. Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.

Pematuhan Etika Perguruan
            Apabila kita membincangkan isu pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.

Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh:
(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa –
            (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas         awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam;        atau
            (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
(f) tidak jujur atau tidak amanah;
(g) tidak bertanggungjawab;
(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain;
(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j) cuai dalam melaksanakan tugasnya.
            Profesion perguruan di Malaysia juga mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.


Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia
1. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
1.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
1.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
1.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
1.4 Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
1.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
1.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.



 3.0 PERATURAN PENJAWAT AWAM

            Sebagai seorang penjawat awam, kita perlulah mematuhi peraturan-peraturan dan akta-akta yang ditetapkan khas bagi penjawat awam.

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM

(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
1)            Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong Negara dan Kerajaan

2)            Seseorang pegawai tidak boleh :-

a)            Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.

b)            Berkelakuan dengan sedemikian yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.

c)            Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
(i)            Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam atau
(ii)          dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri

d)            Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam

e)            Kurang cekap atau kurang berusaha

f)             Tidak jujur atau tidak amanah

g)            Tidak bertanggungjawab

h)           Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.

i)             Cuai dalam melaksanakan tugasnya.

3)         a)         Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan    sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan
yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari masa ke masa.

b)            Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak ditentukan, dia hendaklah berpakaian sepatutnya bagi upacara tersebut.

3)            Ketua Jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan sempena perkahwinan anak pegawai tersebut atau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.

4)            Seseorang pegawai hendaklah, semasa pelantikannya di dalam perkhidmatan awam atau bila-bila selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan , mengisytiharkan secara bertulis kepada pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isterinya atau suaminya atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan sedemikian.

6)         6.1)     Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:-

a)            Membuat apa-apa pertanyaan awam berhubung dengan apa-apa dasar, program atau keputusan di atas apa-apa isu.
b)         Memberikan apa-apa maklumat, fakta berhubungan jabatannya
atau
c)            Memberikan apa-apa penjelasan berkenaan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya

6.2)       Bagi maksud peraturan ini ‘pertanyaan awam’ termasuklah apa-apa penyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.

7)         7.1)     Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Sub-peraturan (3) seseorang pegawai adalah dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

8)         8.1)     Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib

8.2)       Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas , Ketua Jabatan hendaklah dengan seberapa segera melaporkan fakta itu kepada pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan berserta dengan tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan pegawai itu.

8.3)       Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan laporan dalam sub-peraturan (2) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut peraturan 27 atau 28

9)            Bagi maksud ini, ‘ketidakhadiran’ termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi melaksanakan tugas-tugasnya;

            9.1)     Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan pengawasan  tatatertib ke atas pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukkan peraturan-peraturan ini.

9.2)       Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya atau tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

10)      10.1)  Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang tidak hadir hendaklah dilucutkan walaupun pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucutan itu.

10.2)    Seseorang pegawai yang emolumen dilucutkan di bawah ini hendaklah diberi notis bertulis mengenai perlucutan tersebut.

10.3)    Bagi maksud peraturan ini, perlucutan bukanlah suatu hukuman tatatertib dalam pengertian peraturan 38.

11)      Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh jika ia mendapat seseorang pegawai bersalah kerana melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini dan setelah mengambil kira seriusnya kesalahan itu mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan atau lebih.

a)    Amaran
b)    Denda
c)    Lucut Hak Emolumen
d)    Turun Gaji
e)    Turun Pangkat
f)     Buang Kerja

12)      Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman ke atas pegawai itu di bawah peraturan-Peraturan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan dalam hukuman yang dikenakan.
            Tiap-tiap pegawai hendaklah memberitahu kepada Ketua Jabatan alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah peraturan-peraturan ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan peraturan-peraturan ini.

KESIMPULAN

            Sebagai seorang guru dan penjawat awam, kita seharusnya mematuhi kod etika terutama terhadap rakan sejawat. Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di pikul oleh orang sahaja.

            Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain. Diantaranya ialah seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.


Sebagai seorang guru yang menjadi role model kepada masyarakat umum seharusnya mengambil iktibar terhadap isu-isu yang timbul dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kredibiliti sebagai seorang penjawat awam bagi memartabatkan lagi profesion keguruan.
             
 Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu Guru Miang Melampau” dan “Guru Wanita Dipercayai Dirogol Rakan Sekerja”  di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,  pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.