Friday 31 August 2012

Salam Kemerdekaan ke-55 tahun!


Tanggal 31 Ogos pada setiap tahun menjadi satu titik sejarah yang terpenting bagi setiap rakyat Malaysia.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

+nota kaki: tak dapat sambut di Dataran Merdeka, dapat tgk dalam TV pon dh seronok! :)

Thursday 30 August 2012

Ambang Kemerdekaan Ke-55





JASA PAHLAWAN TIADA TANDINGAN, 
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PERWIRA.


+nota kaki: TERIMA KASIH PAHLAWAN MALAYSIA!
 

Pesan Cikgu!


Pengalaman berpraktikal di sekolah sekitar utara semenanjung sememangnya mengimbau kenangan persekolahan waktu kecik-kecik dulu.. Geli hati bila teringatkan keletah anak-anak murid.
Masa kecik dulu, cikgu yang paling kita hormat dan sayang.
Tapi..
sekarang bagi anak-anak murid, nilai tu dah berkurang.
Kalau dulu apa saja yang cikgu cakap, semuanya betul. Mak dan ayah cakap semuanya salah walaupun benda yang sama saja..haha
Tapi..
sekarang murid nak dengar cakap cikgu pun susah..siap anak murid salahkan cikgu dan paling kronik, ibu bapa nak saman menyaman cikgu..
Aduhaaiii..sememangnya menjadi guru pada zaman sekarang dah tak sama macam dulu..
Walau apa jua cabaran, the best part adalah bila anak-anak murid dapat apa yang kita ajar!
untuk adik2 yang tengah menduduki peperiksaan percubaan SPM, semoga berjaya!

+nota kaki: alhamdulillah, kami bangga menjadi guru!



by deqna ideris

Tuesday 28 August 2012

EDU3108- Isu Tugas Sampingan Hilang Fokus Guru


1.0       Pengenalan
Definisi perguruan atau bekerja sabagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era gloablisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati serterusnya dapat direalisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.AB Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke 9.
Mengikut kamus dewan, profesion ialag pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru.
Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagl dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peripadinya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Etika pula membawa maksud:
1.    satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusialaan.
2.    Prinsip moral.
3.    Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4.    Dari perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berlandaskan Al-Quran dan ketaqwaan kepada Allah.



Maksud etika profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradapan, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.
            Dalam era globalisasi kini, tugasan seorang guru juga mengalami perubahan seiring dengan perubahan semasa atau lebih menjurus kepada pertambahan tugasan. Malah, tugas sampingan dikatakan menghilang fokus guru pada masa kini. Isu beban tugas guru sangat hangat diperkatakan. Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor Mohmad Taib, berkata, guru zaman millennium perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan mental serta fizikal bagi mengemudi masa depan dunia pendidikan.
Beliau berkata, itulah cabaran utama yang perlu diperkukuhkan terlebih dulu sebagai persediaan berdepan pelbagai kerenah tidak terjangka dunia pendidikan global.

“Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merangkumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan standard ditetapkan tercapai.

“Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.
“Ia bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi mengelak tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisai untuk menghadapi segala kemungkinan itu lebih awal,” katanya.
Tahun ini, tema ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’ menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan peranan guru menjana transformasi pendidikan selari tuntutan semasa.
Bagaimanapun, imej guru yang tinggi di mata masyarakat kini juga terpalit dengan isu luar jangkaan.
Apatah lagi dengan kuasa kian terbatas menyebabkan ada menganggap guru hari ini sekadar menjalankan tugasan semata-mata tanpa sokongan komitmen tinggi.

Beliau berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu meletakkan rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran.

“Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai pencetus, pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa. Bukankah mereka antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?
“Guru perlu sentiasa bersikap profesional, berusaha dan sabar menangani keadaan.

“Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana masyarakat masa kini sangat peka,” katanya.
Guru, katanya ada pelbagai kategori. Pertama, memang mahu menjadi guru dan mampu memberikan komitmen diri yang baik terhadap tugasan. Mereka puas jika melihat pelajar berjaya dan tidak mengharapkan balasan.
“Kedua, bercita-cita menjadi guru pada peringkat awal namun tidak bertahan kerana gagal mengikut rentak dan ketiga menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir,” katanya.

Pendapatan guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju.
“Ini juga salah satu sebab mengapa ada kurang bermotivasi menjadi guru dan melaksanakannya kerana terpaksa. Berbeza di luar negara, mereka bertindak profesional kerana kerjaya itu memang profesional. “Bagaimanapun jangan jadikan ia alasan bertugas sambil lewa. Guru pemegang amanah, justeru laksanakan dengan jujur dan ikhlas,” katanya.Guru juga, akuinya, tidak boleh membandingkan kegemilangan zaman pendidikan dulu dan masa kini. Menurutnya, setiap ruang masa mempunyai ciri latar dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza. “ Justeru tidak adil mengatakan zaman pendidikan dulu lebih baik berbanding sekarang. Setiap tempoh ada perbezaannya dan ia dilaksanakan mengikut kesesuaian. “Cabaran dunia pendidikan sentiasa wujud. Yang berbeza ialah bentuk cabaran perlu dihadapi.

“Setiap cabaran itu pula memerlukan formula dan pendekatan berbeza. Di sinilah guru memerlukan paradigma pemikiran yang sentiasa berkembang sekali gus membantu pelajar berjaya,” katanya.



2.0       Bidang tugas guru
Bidang tugas guru bukan hanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan berkesan sahaja dan membuat perancangan P&P. Tetapi guru kini, dihujani lagi dengan beberapa tugasan lain. Seorang guru biasa perlu melaksanakan pelbagai tugas khas iaitu:
1.    Menghadiri kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiaatn Guru atau seumpamanya.
2.    Mengendalikan kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain.
3.    Menjadi ahli pelabagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar.
4.    Mengendalikan kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.
5.    Mengendalikan aktiviti-aktivti kokurikulum seperti diagihkan oleg penolong kanan kokurikulum.
Selain itu, guru juga perlu menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid dan mentadbir serta menguruskan bilik darjah. Malah, mengendalikan pelbagai tugas rami lain. Contohnya, menjadi guru pengganti atau guru “sit-in” dari semasa ke semasa.
 Selain daripada bidang tugas guru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh warga pendidik ini. Antara cabaran-cabarannya ialah:
Selepas tahun 2000, cabaran profesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila kerajaan memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam bahasa Inggeris untuk tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah. Dengan perubahan ini, struktur kurikulum diubahkan sedikit dan guru-guru yang terlibat terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi pelaksanaan ini dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003.
Bukan mudah untuk memastikan pelajaran ini dijalankan secara berkesan. Dalam pengajaran ini khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan peralatan komputer untuk memudahkan teknik pengajaran. Sementara itu guru-guru yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan Sarjana Pendidikan di IPTA perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa Inggeris dan pensyarah juga perlu menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris dalam kursus-kursus tertentu. Dalam latihan pratikum, guru-guru pelatih perlu mengajar dalam bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dan bukan lagi bahasa Melayu sebagaimana diamalkan sebelum itu.
Dengan pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang didedah dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Matematik dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak sumber dan ilmu dalam matapelajaran ini boleh diterokai melalui buku bahasa Inggeris.
Dalam sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua dunia menggunakan sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang. Di Malaysia peperiksaan yang penting bagi peringkat sekolah rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga peperiksaan ini kesemuanya dianggap penting. Dengan kata lain ia dianggap too exam-orinted. Dengan pengkaedahan ini, semua murid atau pelajar diperlukan banyak mengingat sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan sama ada dalam SPM mahu pun STPM.
Secara terperinci bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa mengingati kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan masalah. Dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, sebagai contoh, keperluan dalam kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan. Boleh jadi pada masa hadapan kebanyakan sistem peperiksaan yang ada akan dinilai juga melalui penilaian dalam kerja-kerja kursus sebagaimana yang banyak dilakukan di sekolah-sekolah menengah USA. Dengan cara ini mungkin pelajar tidak terasa tertekan sangat di mana mereka terpaksa mengharapkan kepada penilaian dalam satu peperiksaan akhir sahaja.
Walau bagaiamanapun oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan sudah lama dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta merta. Kajian yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi penilaian yang bergantung kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak berapa tepat dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi kepada pelajar yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus, sekolah-sekolah memerlukan kemudahan komputer yang lengkap bagi membolehkan pelajar dapat membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik. Sekiranya sekolah-sekolah di luar bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut kemungkinan pelajar menghadapi masalah. Dengan pelajar yang begitu ramai setiap buah sekolah kemungkinan juga guru-guru yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja kursus tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai kecekapan pelajar.
Sebelum kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem peperiksaan, kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan yang ada sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu pendekatan yang terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan, hafalan, pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem peperiksaan yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk belajar.
Jadi, tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, kita tidak dapat menilai dengan tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi kebolehan pelajar yang berbeza-beza di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan mereka ke jurusan tertentu dengan adil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. Dengan kata lain, kalau mereka mahu memasuki jurusan perubatan, tunjukkan bukti bahawa mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah dalam soalan Matematik Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam kertas peperiksaan SPM dan juga STPM
Cabaran ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi.Jadi dalam perkembangan profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru perlu bekerja keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang, kalau tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan pelajaran ke mana-mana. Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun 2002, pelajar terpaksa belajar bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di Tingkatan Enam. Ia juga memberi cabaran kepada guru-guru, pihak sekolah dan ibu bapa juga sentiasa mengharapkan guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan senang bagi setiap orang pelajar mendapat peringkat Perincipal A/B untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Begitu juga pelajar yang belajar di kelas Metrikulasi. Sebenarnya idea meritokrasi ditimbulkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr, Mahathir pada awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau berkauliti sahaja diterima masuk ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).
Dengan pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah sekolah yang mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti dalam semua matapelajaran yang diajar. Pihak pengetua juga terpaksa menyediakan kemudahan yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Enam tidak menghadapi masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat selama dua tahun, menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah pelajar-pelajar yang mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat bertanding yang kuat di kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bertanding dalam semua lapangan, negara kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu disemai dalam kalangan pelajar dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini bukan sahaja dipukul oleh guru-guru tetapi juga pensyarah di maktab perguruan khasnya yang menyediakan KPLI dan IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan.
Bagi guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran yang kuat kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja dan mereka terpaksa membentukkan sikap positif di kalangan pelajar. Mungkin ramai pelajar Tingkatan Enam, pencapaian mereka kurang baik sedikit daripada yang dapat memasuki ke kelas Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat memasuki ke kelas Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian yang tinggi khasnya dalam matapelajaran Sains, Matematik Tambahan, Perakauanan dan juga bahasa Inggeris. Sedangkan pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatkan Enam, pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat kekurangan guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila berlaku sebarang pertukaran dalam kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka proses pergantiannya mengambil masa sedikit.



3.0       IMPLIKASI
Beban tugasan selain daripada mengajar yang ditanggung oleh guru memberi kesan kepada mutu pengajaran guru itu sendiri.  guru terpaksa menyemak tugasan murid, memuat turun markah-markah murid dan mengemas kini maklumat murid dari semasa ke semasa. Jika dahulu, maklumat-maklumat murid seperti markah dan lain-lain hanya direkodkan di dalam buku yang dikhaskan. Tetapi kini, guru perlu memuat naiknya dalam laman sesawang yang di kelolakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebanyakkan guru kurang mahir dalam bidang teknologi khususnya guru-guru yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun. Bagi mereka, sistem itu membebankan mereka.
Menteri Pelajaran berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Keputusan itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahaw guru di beberapa buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan kepada tugas mengajar.
Jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddion dan keanggotaanya turut membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama dua bulan lagi bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.. NUTP turut membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan disebabkan guru terlibat dengan pelbagai aktiviti. Dasar baru kementerian yang menekanakan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum balas yang positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha berkenaan. Kementerian akan memastikan penekanan terhadap terhadap kokurikulum tidak sesekali membebankan guru.
Kementerian disaran supaya menagmbil kira faktor nisbah purata antara guru dan murid dalam kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik baik mengurangkan beban kerja guru. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah menambah bilangan guru. Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai masa yang mencukupi bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras iaitu mengajar.




4.0       Rumusan
Isu beban tugasan guru ini perlu dipandang serius kerana ia juga memberikan kesan bukan sahaja guru itu sendiri. Malah, ia membabitkan mutu pengajaran guru itu sendiri dan pencapaian murid yang diajar. Tugasan yang terlalu banyak dan lari daripada tugas teras iaitu mengajar juga akan menjadi tekanan kepada guru. Warga pendidik ini terpaksa membahagikan waktu untuk menyelesaikan tugasan sebagai guru kelas, guru, panitia, guru subjek dan lain-lain lagi. Ada segelintir masyarakat di luar sana yang memandang enteng tugas seorang guru. Mereka beranggapan tugas seorang guru mudah dan hanya perlu bekerja separuh hari sahaja. Tetapi masyarakat tidak mengetahui beban kerja serta amanah negara yang perlu dipikul oleh seorang guru, bak kata pepatah “jika seorang guru gagal mengajar, maka rosak lah satu generasi”.


by: Nurizzati bt Azmi

deco bersama "eric"

baru nak berjinak-jinak dalam arena membina blog..pening kepala nak hias-hias blog supaya x nampak nerd sangat~~