1.0 Pengenalan
Definisi
perguruan atau bekerja sabagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang
penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion
perguruan merupakan paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan
kepada individu dan masyarakat. Dalam era gloablisasi sekarang, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan
martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke tahap yang lebih
tinggi dan dihormati serterusnya dapat direalisasikan Misi Nasional seperti
yang digariskan oleh Y.AB Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia ke
9.
Mengikut
kamus dewan, profesion ialag pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran
yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, seni
bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas
dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru.
Dari
kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama
ada tinggi atau rendah, jaya atau gagl dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari
sudut peripadinya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.
Etika pula membawa maksud:
1. satu
sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusialaan.
2. Prinsip
moral.
3. Tanggungjawab
dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
4. Dari
perspektif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berlandaskan Al-Quran
dan ketaqwaan kepada Allah.
Maksud etika profesional
Semua
garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti produktiviti dan
disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang
berkaitan dengan peraturan dan peradapan, peranan nilai serta tingkah laku
profesion dalam masyarakat.
Dalam era globalisasi kini, tugasan
seorang guru juga mengalami perubahan seiring dengan perubahan semasa atau
lebih menjurus kepada pertambahan tugasan. Malah, tugas sampingan dikatakan
menghilang fokus guru pada masa kini. Isu beban tugas guru sangat hangat
diperkatakan. Pensyarah Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Dan
Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohmad Noor
Mohmad Taib, berkata, guru zaman millennium perlu mempersiapkan diri dengan
kekuatan mental serta fizikal bagi mengemudi masa depan dunia pendidikan.
Beliau
berkata, itulah cabaran utama yang perlu diperkukuhkan terlebih dulu sebagai
persediaan berdepan pelbagai kerenah tidak terjangka dunia pendidikan global.
“Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merangkumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan standard ditetapkan tercapai.
“Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.
“Sebagai guru alaf baru, kerenah bukan saja merangkumi aspek pematuhan tugas dan dasar malah mengawal selia pelajar selain memastikan standard ditetapkan tercapai.
“Aspek itu bukan mudah kerana penanda arasnya sentiasa berubah selain menguji sejauh mana ketahanan guru.
“Ia
bukan saja memerlukan ketahanan fizikal, lebih penting kekuatan emosi bagi
mengelak tekanan. Guru zaman ini harus menyediakan perisai untuk menghadapi
segala kemungkinan itu lebih awal,” katanya.
Tahun
ini, tema ‘Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’
menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab dan peranan guru menjana
transformasi pendidikan selari tuntutan semasa.
Bagaimanapun,
imej guru yang tinggi di mata masyarakat kini juga terpalit dengan isu luar
jangkaan.
Apatah
lagi dengan kuasa kian terbatas menyebabkan ada menganggap guru hari ini
sekadar menjalankan tugasan semata-mata tanpa sokongan komitmen tinggi.
Beliau berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu meletakkan rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran.
“Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai pencetus, pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa. Bukankah mereka antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?
Beliau berkata, biar apapun tohmahan dilemparkan, guru perlu meletakkan rasa tanggungjawab di tangga tertinggi selain memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran.
“Ini membolehkan mereka berfungsi sebagai pencetus, pembentuk, pengajar dan pendidik kepada anak bangsa. Bukankah mereka antara idola yang baik dan sering menjadi rujukan?
“Guru
perlu sentiasa bersikap profesional, berusaha dan sabar menangani keadaan.
“Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana masyarakat masa kini sangat peka,” katanya.
“Kebijaksanaan dalam berfikir dan menentukan tindakan perlu kerana masyarakat masa kini sangat peka,” katanya.
Guru,
katanya ada pelbagai kategori. Pertama, memang mahu menjadi guru dan mampu
memberikan komitmen diri yang baik terhadap tugasan. Mereka puas jika melihat
pelajar berjaya dan tidak mengharapkan balasan.
“Kedua,
bercita-cita menjadi guru pada peringkat awal namun tidak bertahan kerana gagal
mengikut rentak dan ketiga menjadikan profesion ini sebagai pilihan terakhir,”
katanya.
Pendapatan guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju.
Pendapatan guru di negara ini juga, akuinya, tidak setimpal dan kurang mendapat pengiktirafan seperti kerjaya lain berbanding guru di negara maju.
“Ini
juga salah satu sebab mengapa ada kurang bermotivasi menjadi guru dan
melaksanakannya kerana terpaksa. Berbeza di luar negara, mereka bertindak
profesional kerana kerjaya itu memang profesional. “Bagaimanapun jangan jadikan
ia alasan bertugas sambil lewa. Guru pemegang amanah, justeru laksanakan dengan
jujur dan ikhlas,” katanya.Guru juga, akuinya, tidak boleh membandingkan
kegemilangan zaman pendidikan dulu dan masa kini. Menurutnya, setiap ruang masa
mempunyai ciri latar dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza. “ Justeru
tidak adil mengatakan zaman pendidikan dulu lebih baik berbanding sekarang.
Setiap tempoh ada perbezaannya dan ia dilaksanakan mengikut kesesuaian. “Cabaran
dunia pendidikan sentiasa wujud. Yang berbeza ialah bentuk cabaran perlu
dihadapi.
“Setiap
cabaran itu pula memerlukan formula dan pendekatan berbeza. Di sinilah guru
memerlukan paradigma pemikiran yang sentiasa berkembang sekali gus membantu
pelajar berjaya,” katanya.
2.0 Bidang
tugas guru
Bidang
tugas guru bukan hanya mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
dengan berkesan sahaja dan membuat perancangan P&P. Tetapi guru kini,
dihujani lagi dengan beberapa tugasan lain. Seorang guru biasa perlu
melaksanakan pelbagai tugas khas iaitu:
1. Menghadiri
kursus kemahiran anjuran Pusat Kegiaatn Guru atau seumpamanya.
2. Mengendalikan
kursus-kursus dalaman kepada ahli-ahli staf yang lain.
3. Menjadi
ahli pelabagai jawatankuasa dalaman yang ditubuhkan oleh Guru Besar.
4. Mengendalikan
kelas-kelas tambahan apabila dirancangkan oleh Guru Besar.
5. Mengendalikan
aktiviti-aktivti kokurikulum seperti diagihkan oleg penolong kanan kokurikulum.
Selain
itu, guru juga perlu menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid dan
mentadbir serta menguruskan bilik darjah. Malah, mengendalikan pelbagai tugas
rami lain. Contohnya, menjadi guru pengganti atau guru “sit-in” dari semasa ke
semasa.
Selain daripada bidang tugas guru, terdapat
pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh warga pendidik ini. Antara
cabaran-cabarannya ialah:
Selepas
tahun 2000, cabaran profesionalisme pendidikan guru semakin hebat apabila
kerajaan memutuskan mata pelajaran Matematik dan Sains perlu diajar dalam
bahasa Inggeris untuk tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah.
Dengan perubahan ini, struktur kurikulum diubahkan sedikit dan guru-guru yang
terlibat terpaksa mengajar dalam bahasa Inggeris. Jadi pelaksanaan ini
dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2003.
Bukan
mudah untuk memastikan pelajaran ini dijalankan secara berkesan. Dalam
pengajaran ini khasnya Tahun Satu, guru-guru sekolah rendah diberikan kemudahan
peralatan komputer untuk memudahkan teknik pengajaran. Sementara itu guru-guru
yang sedang mengikuti program Diploma Pendidikan di maktab perguruan dan
Sarjana Pendidikan di IPTA perlu menjalani kaedah pengajaran dalam bahasa
Inggeris dan pensyarah juga perlu menggunakan bahan rujukan bahasa Inggeris
dalam kursus-kursus tertentu. Dalam latihan pratikum, guru-guru pelatih perlu
mengajar dalam bahasa Inggeris untuk matapelajaran Matematik dan Sains dan
bukan lagi bahasa Melayu sebagaimana diamalkan sebelum itu.
Dengan
pelaksanaan kaedah ini kerajaan mengharapkan pelajar-pelajar yang didedah
dengan kemahiran pengajaran bahasa Inggeris dalam merentasi kurikulum Matematik
dan Sains dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih berkesan sama ada dalam
penulisan mahu pun pertuturan. Sebagaimana yang kita tahu, banyak sumber dan
ilmu dalam matapelajaran ini boleh diterokai melalui buku bahasa Inggeris.
Dalam
sistem pembelajaran pada hari ini boleh dikatakan semua dunia menggunakan
sistem peperiksaan sebagai ciri-ciri asas untuk mengukur keupayaan dan
kebolehan seseorang. Di Malaysia peperiksaan yang penting bagi peringkat
sekolah rendah dan menengah ialah PMR, SPM dan STPM. Ketiga peperiksaan ini
kesemuanya dianggap penting. Dengan kata lain ia dianggap too exam-orinted.
Dengan pengkaedahan ini, semua murid atau pelajar diperlukan banyak mengingat
sesuatu fakta, berkebolehan dalam menganalisis dan menyelesaikan sesuatu
masalah untuk lulus sesuatu peperiksaan sama ada dalam SPM mahu pun STPM.
Secara
terperinci bukan bermakna dengan sistem ini semua pelajar terpaksa mengingati
kesemuanya tetapi ada tajuk-tajuk tertentu dalam sesuatu mata pelajaran
memerlukan ketajaman, kecekapan otak serta kreativiti dalam menyelesaikan
masalah. Dalam matapelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, sebagai
contoh, keperluan dalam kebolehan mengeluarkan idea juga diutamakan. Boleh jadi
pada masa hadapan kebanyakan sistem peperiksaan yang ada akan dinilai juga
melalui penilaian dalam kerja-kerja kursus sebagaimana yang banyak dilakukan di
sekolah-sekolah menengah USA. Dengan cara ini mungkin pelajar tidak terasa
tertekan sangat di mana mereka terpaksa mengharapkan kepada penilaian dalam
satu peperiksaan akhir sahaja.
Walau
bagaiamanapun oleh sebab amalan terhadap pendekatan peperiksaan sudah lama
dilaksanakan di Malaysia nampaknya ia sukar diubah dengan serta merta. Kajian
yang mendalam perlu dibuat dengan berhati-hati. Tambahan lagi penilaian yang
bergantung kepada kerja kursus mungkin dari segi pemberian markah tidak berapa
tepat dan kemungkinan guru-guru suka memberi markah yang lebih tinggi kepada
pelajar yang mereka sukai. Seterusnya untuk menilai kerja-kerja kursus,
sekolah-sekolah memerlukan kemudahan komputer yang lengkap bagi membolehkan
pelajar dapat membuat tugasan atau kerja kursus dengan baik. Sekiranya
sekolah-sekolah di luar bandar masih lagi kurang kemudahan tersebut kemungkinan
pelajar menghadapi masalah. Dengan pelajar yang begitu ramai setiap buah
sekolah kemungkinan juga guru-guru yang terlibat dalam penilaian kerja-kerja
kursus tidak mempunyai masa yang cukup untuk menilai kecekapan pelajar.
Sebelum
kita menerima atau melalui satu dasar baru penilaian dalam sistem peperiksaan,
kita seharusnya menerima dahulu hakikat bahawa sistem peperiksaan yang ada
sekarang. Pelaksanaan atau pendekatan peperiksaan adalah satu pendekatan yang
terbaik untuk melatih pelajar mendisiplinkan diri dengan latihan, hafalan,
pembacaan dan juga perbincangan dengan kawan-kawan. Tanpa sistem peperiksaan
yang dianggap formal mungkin pelajar tidak bersungguh-sungguh untuk belajar.
Jadi,
tanpa penilaian melalui sistem peperiksaan teratur, kita tidak dapat menilai
dengan tepat, kebolehan dan ketajaman otak pelajar. Jadi kebolehan pelajar yang
berbeza-beza di seluruh Malaysia ini membolehkan pihak kerajaan mengagihkan
mereka ke jurusan tertentu dengan adil berdasarkan pencapaian dalam
peperiksaan. Dengan kata lain, kalau mereka mahu memasuki jurusan perubatan,
tunjukkan bukti bahawa mereka berupaya dalam beberapa penyelesaian masalah
dalam soalan Matematik Tambahan dan juga Sains yang dikeluarkan di dalam kertas
peperiksaan SPM dan juga STPM
Cabaran
ketiga ialah berkaitan pelaksanaan sistem meritokrasi.Jadi dalam perkembangan
profesionalisme pendidikan guru pada masa kini memang guru-guru perlu bekerja
keras untuk memastikan semua pelajar akan dapat mencapai keputusan yang
cemerlang, kalau tidak pelajar tidak akan pergi melanjutkkan pelajaran ke
mana-mana. Semenjak dasar meritokrasi yang diperkenalkan tahun 2002, pelajar
terpaksa belajar bersungguh-sunguh khasnya semasa berada di Tingkatan Enam. Ia
juga memberi cabaran kepada guru-guru, pihak sekolah dan ibu bapa juga sentiasa
mengharapkan guru-guru yang berkualiti. Sebenarnya bukan senang bagi setiap
orang pelajar mendapat peringkat Perincipal A/B untuk setiap mata pelajaran
yang diambil. Begitu juga pelajar yang belajar di kelas Metrikulasi. Sebenarnya
idea meritokrasi ditimbulkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr, Mahathir pada
awal bulan Ogos 2001 bagi memastikan semua pelajar yang berkelayakan atau
berkauliti sahaja diterima masuk ke IPTA (Mohd Salleh Lebar).
Dengan
pelaksanaan meritokrasi selama dua musim menyaksikan setiap buah sekolah yang
mempunyai Tingkatan Enam memerlukan guru-guru yang berkualiti dalam semua
matapelajaran yang diajar. Pihak pengetua juga terpaksa menyediakan kemudahan
yang cukup bagi memastikan semua pelajar Tingkatan Enam tidak menghadapi
masalah dari segi pembelajaran. Jadi apa yang kita lihat selama dua tahun,
menunjukkan kebanyakan pelajar yang diterima masuk adalah pelajar-pelajar yang
mempunyai semangat belajar yang tinggi dan ada semangat bertanding yang kuat di
kalangan pelbagai kaum. Tanpa semangat bertanding dalam semua lapangan, negara
kita tidak akan maju. Jadi semangat inilah yang perlu disemai dalam kalangan
pelajar dan peranan guru adalah amat penting. Jadi tugas ini bukan sahaja
dipukul oleh guru-guru tetapi juga pensyarah di maktab perguruan khasnya yang
menyediakan KPLI dan IPTA yang ada menyediakan Ijazah Sarjana Muda dengan
Pendidikan.
Bagi
guru-guru yang mengajar di Tingkatan Enam memang menghadapi cabaran yang kuat
kerana pada peringkat ini kebanyakan pelajar adalah golongan remaja dan mereka
terpaksa membentukkan sikap positif di kalangan pelajar. Mungkin ramai pelajar
Tingkatan Enam, pencapaian mereka kurang baik sedikit daripada yang dapat
memasuki ke kelas Matrikulasi. Pelajar Melayu yang dapat memasuki ke kelas
Matrikulasi adalah pelajar yang terpilih dan mempunyai pencapaian yang tinggi
khasnya dalam matapelajaran Sains, Matematik Tambahan, Perakauanan dan juga
bahasa Inggeris. Sedangkan pelajar Melayu yang belajar di kelas Tingkatkan
Enam, pencapaiannya adalah sederhana. Bagi sesetengah sekolah pula, terdapat
kekurangan guru-guru Fizik dan juga Metamatik Tambahan. Sebenarnya apabila berlaku
sebarang pertukaran dalam kalangan guru-guru Matematik dan Sains maka proses
pergantiannya mengambil masa sedikit.
3.0 IMPLIKASI
Beban
tugasan selain daripada mengajar yang ditanggung oleh guru memberi kesan kepada
mutu pengajaran guru itu sendiri. guru
terpaksa menyemak tugasan murid, memuat turun markah-markah murid dan mengemas
kini maklumat murid dari semasa ke semasa. Jika dahulu, maklumat-maklumat murid
seperti markah dan lain-lain hanya direkodkan di dalam buku yang dikhaskan.
Tetapi kini, guru perlu memuat naiknya dalam laman sesawang yang di kelolakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kebanyakkan guru kurang mahir dalam bidang
teknologi khususnya guru-guru yang sudah berkhidmat lebih daripada 15 tahun.
Bagi mereka, sistem itu membebankan mereka.
Menteri
Pelajaran berkata satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengkaji beban
tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara. Keputusan
itu dibuat selepas kementerian itu mendapati ada asas bahaw guru di beberapa
buah negeri kini menghadapi beban tugas berlebihan sehingga menjejaskan tumpuan
kepada tugas mengajar.
Jawatankuasa
itu yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddion dan keanggotaanya turut
membabitkan beberapa pegawai pelajaran serta wakil NUTP dan diberi masa selama
dua bulan lagi bagi mencari penyelesaian terhadap isu berkenaan.. NUTP turut
membuat aduan yang guru terpaksa bekerja pada hari Sabtu sebanyak dua kali
setiap bulan disebabkan guru terlibat dengan pelbagai aktiviti. Dasar baru
kementerian yang menekanakan aspek kokurikulum di sekolah turut mendapat maklum
balas yang positif dari pihak NUTP yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha
berkenaan. Kementerian akan memastikan penekanan terhadap terhadap kokurikulum
tidak sesekali membebankan guru.
Kementerian
disaran supaya menagmbil kira faktor nisbah purata antara guru dan murid dalam
kelas sebagai satu langkah mengenal pasti formula terbaik baik mengurangkan
beban kerja guru. Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah
menambah bilangan guru. Langkah tersebut bertujuan membolehkan guru mempunyai
masa yang mencukupi bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas teras iaitu
mengajar.
4.0 Rumusan
Isu
beban tugasan guru ini perlu dipandang serius kerana ia juga memberikan kesan
bukan sahaja guru itu sendiri. Malah, ia membabitkan mutu pengajaran guru itu
sendiri dan pencapaian murid yang diajar. Tugasan yang terlalu banyak dan lari
daripada tugas teras iaitu mengajar juga akan menjadi tekanan kepada guru.
Warga pendidik ini terpaksa membahagikan waktu untuk menyelesaikan tugasan
sebagai guru kelas, guru, panitia, guru subjek dan lain-lain lagi. Ada
segelintir masyarakat di luar sana yang memandang enteng tugas seorang guru.
Mereka beranggapan tugas seorang guru mudah dan hanya perlu bekerja separuh
hari sahaja. Tetapi masyarakat tidak mengetahui beban kerja serta amanah negara
yang perlu dipikul oleh seorang guru, bak kata pepatah “jika seorang guru gagal
mengajar, maka rosak lah satu generasi”.
by: Nurizzati bt Azmi
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.