“GURU
MIANG MELAMPAU”
Oleh:
Nurul Husna Binti Ideris
Oleh:
Nurul Husna Binti Ideris
sambungan..
Etika
Perguruan
Etika
Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu
memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:
a. Kod
etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
b. Kod
Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
c.
Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain.
d. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
e. Kod
Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana
kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya
sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting
kerana:
- Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
- Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.
- Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.
- Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
- Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.
- Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).
Akauntabiliti
Seorang Guru
Secara umumnya terdapat beberapa
perkara yang wajar diambil perhatian oleh seorang guru berkaitan dengan
akauntabiliti guru ini. Mengikut Foo (2005) seorang guru harus mengelakkan diri
daripada mengindoktrinasikan pelajarnya dengan apa-apa fahaman atau kepercayaan
atau falsafah yang dipegangnya. Mereka mempunyai ruang dan peluang yang cukup
luas untuk melakukan perkara ini.
Menjauhi amalan matlamat
menghalalkan cara merupakan satu tangungjawab kerana ia bertentangan dengan
objektif utama pendidikan iaitu memindahkan ilmu dan menanam nilai-nilai murni.
Dalam isu penilaian, terdapat sekolah yang berusaha untuk meningkatkan peratus
kelulusan. Mereka akan melakukan apa sahaja, termasuklah mengeluarkan nama
pelajar yang dijangka gagal daripada daftar calon sekolah kepada calon
persendirian. Ini amalan tidak beretika seorang guru.
Menilai pelajar secara adil dan saksama. Adalah menjadi satu amalan tidak beretika jika seseorang guru membuat penilaian berasaskan faktor bangsa, agama, kedudukan dan sebagainya. Sistem penilaian peperiksaan awam sekarang banyak memberi ruang kepada guru-guru membuat penilaian bagi subjek-subjek seperti bahasa, Sains Tulen, Kemahiran Hidup dan sebagainya. Dikhuatiri guru akan menggunakan ini untuk merosakkan seseorang pelajar dengan cara yang tidak bertanggungjawab.
Terdapat banyak sekali kes, walaupun tidak ada data khusus, di mana pihak sekolah memaparkan markah atau gred yang diperolehi pelajar kepada umum seperti melekatkan rekod pencapaian pelajar di papan kenyataan. Sebenarnya ini menyalahi etika keguruan yang memberi hak kerahsiaan kepada pelajar.
Menggunakan kuasanya secara bijaksana. Semua guru mengharapkan kedudukan autonomi mereka dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Sekiranya kuasa ini tidak digunakan dengan bijak pasti berlaku penyelewengan dan ini tidak sihat kepada organisasi pendidikan dalam usaha memartabatkan profesion perguruan.
Pematuhan
Etika Perguruan
Apabila kita membincangkan isu
pematuhan etika perguruan, satu perkara yang harus kita perbincangkan ialah
Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Ini disebabkan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada perintah ini
termasuklah guru. Kita lihat Bahagian II, Peraturan 4 (2) secara terperinci
kerana ia sangat signifikan dengan isu yang bakal kita bincangkan nanti.
Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh:
Perintah Am Bab D; Bahagian II, Peraturan 4 (2) Seorang pegawai tidak boleh:
(a)
membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya;
(b)
berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c)
berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah
bahawa –
(i) dia telah membiarkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam;
(e)
kurang cekap atau kurang berusaha;
(f)
tidak jujur atau tidak amanah;
(g)
tidak bertanggungjawab;
(h)
membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk
menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama
ada tuntutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan anggota-anggota
perkhidmatan awam yang lain;
(i)
ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan
(j)
cuai dalam melaksanakan tugasnya.
Profesion perguruan di Malaysia juga
mempunyai kod etikanya yang dikenali dengan nama Tatasusila Profesion Perguruan
Malaysia. Lampiran etika ini terdapat di bahagian awal Buku Rancangan Mengajar
guru-guru. Kita perhatikan etika berkenaan.
Tatasusila
Profesion Perguruan Malaysia
1.
Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan
1.1
Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa atau
berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
1.2
Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami
sebagai guru.
1.3
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggung-jawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
1.4
Sentiasa berusaha membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru
dalam profesion perguruan.
1.5
Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
1.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
1.6 Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
3.0 PERATURAN PENJAWAT AWAM
Sebagai seorang penjawat
awam, kita perlulah mematuhi peraturan-peraturan dan akta-akta yang ditetapkan
khas bagi penjawat awam.
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
1)
Seseorang pegawai
hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberi taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong Negara dan Kerajaan
2)
Seseorang pegawai tidak
boleh :-
a)
Membelakangkan tugas
awamnya demi kepentingan persendiriannya.
b)
Berkelakuan dengan
sedemikian yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah
dengan tugas awamnya.
c)
Berkelakuan dengan
apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
(i)
Dia telah membiarkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan
kegunaannya sebagai pegawai awam atau
(ii)
dia telah menggunakan
kedudukan awamnya bagi faedah sendiri
d)
Berkelakuan dengan
sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam
e)
Kurang cekap atau kurang
berusaha
f)
Tidak jujur atau tidak
amanah
g)
Tidak bertanggungjawab
h)
Membawa atau cuba membawa
apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan
tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah
tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah
tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota perkhidmatan awam yang lain.
i)
Cuai dalam melaksanakan
tugasnya.
3) a) Seseorang pegawai semasa bertugas
hendaklah sentiasa berpakaian dengan
sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui
arahan
yang dikeluarkan oleh
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari masa ke masa.
b)
Seseorang pegawai yang
dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana
yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian untuk upacara itu tidak
ditentukan, dia hendaklah berpakaian sepatutnya bagi upacara tersebut.
3)
Ketua Jabatan boleh
membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya
bagi maksud membuat sesuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam
jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwinan sempena perkahwinan
anak pegawai tersebut atau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.
4)
Seseorang pegawai
hendaklah, semasa pelantikannya di dalam perkhidmatan awam atau bila-bila
selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Kerajaan , mengisytiharkan secara
bertulis kepada pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan
segala harta yang dipunyai olehnya atau isteri atau suaminya atau anaknya atau
yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isterinya atau
suaminya atau anaknya. Seseorang pegawai yang tidak mempunyai apa-apa harta
hendaklah dengan demikian mengisytiharkan secara bertulis keadaan sedemikian.
6) 6.1) Seseorang pegawai tidak boleh, sama ada
secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:-
a)
Membuat apa-apa
pertanyaan awam berhubung dengan apa-apa dasar, program atau keputusan di atas
apa-apa isu.
b) Memberikan apa-apa
maklumat, fakta berhubungan jabatannya
atau
c)
Memberikan apa-apa
penjelasan berkenaan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan jabatannya
6.2) Bagi maksud peraturan ini ‘pertanyaan awam’ termasuklah apa-apa penyataan
atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa
memberi syarahan awam atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui
bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.
7) 7.1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Sub-peraturan (3) seseorang pegawai adalah dalam Kumpulan Pengurusan
Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil
bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu
parti politik.
8) 8.1) Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti
atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh
menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan tatatertib
8.2) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas , Ketua Jabatan
hendaklah dengan seberapa segera melaporkan fakta itu kepada pihak berkuasa
Tatatertib yang berkenaan berserta dengan tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran
itu apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki berkenaan dengan
pegawai itu.
8.3) Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan
laporan dalam sub-peraturan (2) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai
itu mengikut peraturan 27 atau 28
9)
Bagi maksud ini,
‘ketidakhadiran’ termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa
pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi
melaksanakan tugas-tugasnya;
9.1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai
untuk menjalankan kawalan pengawasan
tatatertib ke atas pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana
peruntukkan peraturan-peraturan ini.
9.2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib
ke atas pegawai bawahannya atau tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap
pegawai bawahannya yang melakukan pelanggaran tatatertib hendaklah disifatkan
cuai dalam melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh
dikenakan tindakan tatatertib.
10) 10.1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah
kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau
tanpa sebab yang munasabah, segala emolumen bagi apa-apa tempoh yang tidak
hadir hendaklah dilucutkan walaupun pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan
tidak mengarahkan perlucutan itu.
10.2) Seseorang pegawai yang emolumen dilucutkan di bawah ini hendaklah diberi
notis bertulis mengenai perlucutan tersebut.
10.3) Bagi maksud peraturan ini, perlucutan bukanlah suatu hukuman tatatertib
dalam pengertian peraturan 38.
11) Pihak Berkuasa Tatatertib
yang berkenaan boleh jika ia mendapat seseorang pegawai bersalah kerana
melanggar mana-mana peraturan-peraturan ini dan setelah mengambil kira
seriusnya kesalahan itu mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada
hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan atau lebih.
a) Amaran
b) Denda
c) Lucut Hak Emolumen
d) Turun Gaji
e) Turun Pangkat
f) Buang Kerja
12) Tiap-tiap tindakan tatatertib
yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman
ke atas pegawai itu di bawah peraturan-Peraturan ini hendaklah direkodkan dalam
Buku Perkhidmatan Kerajaan itu dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang
dilakukan dalam hukuman yang dikenakan.
Tiap-tiap pegawai
hendaklah memberitahu kepada Ketua Jabatan alamat kediamannya atau apa-apa
perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan
kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan di bawah
peraturan-peraturan ini atau bagi maksud memberitahunya mengenai apa-apa
perkara yang berhubung dengan peraturan-peraturan ini.
KESIMPULAN
Sebagai seorang guru dan penjawat awam, kita seharusnya mematuhi kod etika terutama terhadap rakan sejawat. Sebagai seorang yang diberi amanah menjadi pendidik dan pembimbing guru tidak lari dari memiliki rakan sejawatan (semestinya seorang guru juga). Mana mungkin pekerjaan ini di pikul oleh orang sahaja.
Maka banyaklah perkara yang berkaitan dengan rakan yang lain. Diantaranya ialah seorang guru mestilah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. beliau juga tidak patut melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai seorang guru serta sentiasa berusaha dengan sepenuh-penuhnya untuk menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepadanya. Beliau juga perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion. Guru juga patut mengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion serta menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Sebagai seorang guru yang
menjadi role model kepada masyarakat umum seharusnya mengambil iktibar terhadap
isu-isu yang timbul dan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan
kredibiliti sebagai seorang penjawat awam bagi memartabatkan lagi profesion
keguruan.
Secara
kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod
etika yang telah digariskan. Isu –isu pelanggaran kod etika keguruan seperti
isu “Guru Miang Melampau” dan “Guru Wanita
Dipercayai Dirogol Rakan Sekerja”
di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa
kesan yang buruk terhadap profesion keguruan,
pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.