Guru ponteng: Tindakan tegas
akan diambil
BATU PAHAT 11 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengambil
tindakan tegas termasuk memecat seorang guru di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) di Perak jika siasatan membuktikan guru itu 'ponteng' mengajar
dengan sengaja.
Timbalan menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata,
tindakan itu akan diambil sekiranya guru terbabit didapati ponteng atau bercuti
tanpa alasan munasabah.
"Kementerian sedang menunggu laporan lengkap
mengenai kes tersebut daripada pengarah pelajaran negeri dan ia dijangka
diterima esok," katanya selepas merasmikan Majlis Keselamatan Kanak-Kanak
Sekolah di sebuah pusat membeli-belah di sini hari ini.
Semalam, sebuah stesen televisyen tempatan melaporkan
rungutan ibu bapa mengenai tindakan seorang guru di sebuah SJKT di Ipoh yang
kerap tidak hadir mengajar di sekolah.
Ka Siong berkata, maklumat awal mendapati guru itu telah
tidak hadir ke sekolah selama 30 hari sejak awal Januari lalu dan dia hanya
memaklumkan mengenainya kepada pihak sekolah melalui khidmat pesanan ringkas
(SMS).
Beliau berkata, kementerian mengambil serius kes tersebut
walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.
"Tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu
menjejaskan kerjaya perguruan," ujarnya.
Sementara itu, ketika ditemui selepas Majlis Dialog Dengan
Warga Pengajar di sebuah restoran di sini, Ka Siong berkata, kementerian akan
mengkaji semula kenaikan pangkat guru penolong kanan dan guru bukan siswazah
kepada siswazah yang kini dianggap tidak munasabah.
Beliau berkata, guru-guru penolong kanan merungut kerana
kenaikan pangkat yang diberikan tidak setanding dengan kenaikan gaji dan beban
kerja juga yang ditanggung.
Katanya, guru bukan siswazah yang bertukar status kepada
guru siswazah pula mendakwa jumlah kenaikan gaji mereka terlalu sedikit.
Menurutnya, rungutan-rungutan tersebut akan diambil
perhatian dan dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kajian dan
tindakan selanjutnya.
Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008
BIBLIOGRAFI
Robiah Sidin,(1998).Pemikiran Dalam Pendidikan.Shah
Alam:Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Kamus Dewan Edisi ketiga.(2002).Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz Yusof.(2004).Pengurusan Sumber
Manusia.Selangor Darul Ehsan : prentice Hall Person Education Malaysia Sdn.
Bhd.
Azrul Hisyam bin Abdul Manaf.(2009).Satu Kajian
Eksperimen Tentang Faktor-Faktor Tekanan Dan Kesannya Kepada Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan.Hakcipta Terpelihara Universiti Utara Malaysia.
Anne Stevenson, Sarah Harper, (2006) "Workplace
stress and the student learning experience", Quality Assurance in
Education, Vol. 14 Iss: 2, pp.167 – 168
Guru Ponteng : Tindakan Tegas Akan Diambil.(20 Mei
2008).Utusan Malaysia
Guru Ponteng Isu Serius. (24 Disember 2011).Utusan Borneo.
Guru Ponteng Sebelum Cuti Dikenal Pasti.(1 Jun
2010).Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.