MASALAH GURU PONTENG DI SEKOLAH
Oleh:
Mohd Zahiruddin Bin Abd Halim
Mohd Zahiruddin Bin Abd Halim
1.0 PENGENALAN
Profesion sebagai guru
adalah profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya yang begitu banyak
dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan
kerja di kalangan guru - guru juga menjadi topik hangat yang sering
diperkatakan. Basinun (1995) menyatakan antara masalah utama guru adalah
masalah kenaikan gaji, peluang kenaikan pangkat dan beban kerja guru yang
keterlaluan. Selain daripada tugas mendidik murid - murid, guru-guru perlu
berdepan dengan karenah disiplin murid yang menambahkan lagi beban kerja guru.
Muhamad (1995) memetik laporan Kongres Kesatuan Guru - Guru Malaysia menyatakan
bahawa guru-guru menghadapi tekanan dengan kerja - kerja persediaan mengajar
seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Di dalam
bilik darjah, guru juga menghadapi tekanan dengan karenah dan bilangan murid
yang ramai. Faridah dan Zubaidah (1999) juga mengakui profesion guru amat
mencabar kerana mereka bukan setakat mengajar, malah terpaksa menangani masalah
pelajar nakal dan kerja-kerja perkeranian yang menuntut masa yang banyak untuk
diselesaikan. Beberapa reformasi yang berlaku dalam pendidikan adalah seperti
KBSR, KBSM dan KSSR dilihat seperti menambahkan lagi bebanan kerja guru yang
sedia bertimbun.
Menurut Dunham (1992),
terdapat lima faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja guru iaitu
salah laku pelajar, beban tugas, keperluan penghargaan, kekangan masa dan
tekanan kerja di kalangan guru sekolah dan hubungan interpersonal. Keadaan ini
juga berlaku di Malaysia seperti mana yang dinyatakan oleh Faridah dan Zubaidah
(1999) di mana guru berhadapan dengan masalah sosial, anak muda yang terbiar
dan masalah disiplin yang menakutkan serta disusuli pula oleh tekanan kerja
yang kuat. Di samping itu, faktor beban tugas juga banyak mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah guru
berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai
antara faktor yang menyebabkan guru - guru di sekolah menengah menghadapi
tekanan. Guru - guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang
suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar
dalam kelas.
Sehubungan itu, kita
perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan
tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan
yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan
cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar
memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun
penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat
guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf
senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan
suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat
perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan
perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru - guru itu menjadi
kurang proaktif lagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima
tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang
seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru - guru
tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus
peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.
Profesion keguruan merupakan satu profesion
yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menjulang martabat pendidikan
di negara kita Malaysia.Ini kerana golongan guru merupakan golongan utama yang
diamanahkan untuk bertanggungjawab membantu negara dalam mencapai matlamat
utama pendidikan di Negara kita iaitu untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan Negara melalui perkembangan bersepadu individu yang
menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Dalam menyempurnakan hasrat (FPK),para
guru bukan sahaja dituntut untuk sekadar menyebarkan ilmu semata-mata bahkan
mereka juga bertanggungjawab dalam pembentukan sahsiah dan tingkahlaku anak
didik mereka.Untuk itu,dalam mencapai hasrat (FPK) ini,golongan guru seharusnya
sedar bahawa tugas mereka bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya mereka
memikul tanggungjawab yang sangat besar.Ini kerana tugas menyampaikan ilmu
serta mendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia memerlukan satu
perancangan jangkamasa panjang disamping perlu berhadapan dengan karenah
anak-anak murid dan juga mesyarakat di sekeliling.
Disamping itu,mereka juga perlu peka
dengan perubahan semasa serta bijak menyesuaikannya dalam tugas terutamanya
bagi menangani masalah pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar yang sememangnya
semakin menular pada masa kini.Secara umumnya,kita boleh mengatakan bahawa
sememangnya para guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan juga
profesional dalam semua bidang.Menurut Robiah (1998),untuk menjadi seseorang
guru yang profesional,seseorang guru itu perlu menekankan kepada tiga aspek
penting yang perlu ada di dalam dirinya iaitu kepakaran,pengetahuan,dan juga
pembentukan sahsiah.
Ini menunjukkan bahawa dalam menjadi guru
yang profesional,amat penting bagi seseorang guru dalam mempunyai sahsiah dan
keperibadian yang mantap disamping mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang
luas dalam sesuatu bidang.Sebenarnya pihak kerajaan sudah lama mahu
meningkatkan martabat bidang perguruan ini supaya menjadi satu bidang ataupun
kerjaya yang profesional.Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sangat
menyedihkan di mana ada sahaja kes-kes ataupun isu-isu yang berkaitan dengan
salah laku guru yang sering kita dengar melalui dada televisyen mahupun akhbar-akhbar
malah ianya semakin meningkat dari hari ke hari.
Sebenarnya isu guru-guru yang melanggar
etika perguruan ini bukanlah satu perkara yang baru dalam bidang pendidikan di
negara kita ini malahan ianya sudah wujud sejak dari dahulu lagi.Walaupun
sistem pendidikan pendidikan di Negara kita dilihat semakin maju dan
berkembang,namun sedar atau sedar kita bahawa kes-kes atau isu-isu guru yang
melanggar etika adalah didapati semakin meningkat.Situasi ini dapat dilihat
apabila semakain hari semakin banyak berita-berita ataupun laporan yang tersiar
di dada akhbar mahupun berita mengenai salah laku guru-guru dari seluruh
pelosok Negara.Tidak kira siapa pun guru tersebut malahan guru yang memegang
gelaran ustaz sekalipun tidak terlepas daripada terlibat daripada terlibat di
dalam gejala pelanggaran etika dan tingkahlaku ini.Fenomena ini secara tidak
langsung telah mencalar imej perofesion perguruan yang semakin tidak disenangi
oleh ramai pihak ini.
2.0 ULASAN ISU ( GURU PONTENG )
Guru
adalah insan biasa yang mempunyai peribadi dan kehidupan sosialnya yang
tersendiri sama seperti manusia-manusia lain. Justeru, guru tidak terlepas dari
melakukan kesilapan ataupun kesalahan. Antara isu salah laku guru yang sering
diperkatakan masa kini ialah isu guru ponteng kerja yang sering kita dengar
berlaku di mana-mana sekolah tidak kira sekolah menengah mahupun sekolah
rendah.Menurut kamus Dewan edisi ketiga (2002),ponteng dari segi bahasa boleh
didefinisikan sebagai kecoh,tipu,lari daripada tugas yakni tanggungjawab dan
lain-lain.Manakala dari segi istilah ponteng membawa maksud tidak hadir
bertugas tanpa sebab ataupun dengan sebab yang tidak munasabah.
Menurut Cascio (2005),ketidakhadiran
bermaksud apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja daripada melaporkan diri
ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas
apa alasan sekalipun.Ini menunjukkan apabila seseorang itu tidak dapat hadir ke
pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir.Sekiranya
seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, maka ianya
boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Berdasarkan kepada keratan akhbar Utusan
Malaysia yang bertarikh 20 Mei 2008 yang bertajuk “Guru Ponteng : Tindakan
Tegas Akan Diambil”,isu yang dapat dikenalpasti adalah isu guru yang ponteng
kerja di mana pihak kementerian telah mengambil keputusan untuk mengambil
tindakan tegas terhadap seorang guru yang mengajar di sebuah Sekolah Kebangsaan
Jenis Tamil (SJKT)di Perak jika siasatan membuktikan bahawa guru itu ‘ponteng’
mengajar dengan sengaja.Ini bermaksud jika guru tersebut gagal mengemukan
sebarang alasan yang munasabah mengenai ketidakhadirannya ke sekolah,maka guru
tersebut akan dipecat daripada jawatannya sebagai seorang guru secara rasmi.
Kenyataan tersebut dikeluarkan secara
rasmi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pelajaran Malaysia,iaitu Datuk Dr. Wee
Ka Siong.Menurut beliau,sebelum mengambil apa-apa tindakan,pihak kementerian
akan menjalankan siasatan terlebih dahulu untuk membuktikan dakwaan bahawa guru tersebut ponteng kerja
adalah benar.Ketika ditemubual wartawan pada ketika itu,beliau mengakui bahawa
sedang menunggu laporan penuh daripada jawatankuasa yang diarahkan bagi membuat
siasatan.
Dakwaan yang dikenakan ke atas guru
tersebut adalah berdasarkan rungutan-rungutan yang dikeluarkan oleh pihak ibu
bapa melalui sebuah stesen televisyen yang mendakwa guru tersebut kerap kali
tidak hadir ke sekolah.Guru tersebut juga didapati tidak hadir ke sekolah selama
30 hari dan dia hanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah melalui
khidmat pesanan ringkas(SMS).Menurut Datuk Dr. Wee Ka Siong lagi, kementerian mengambil serius kes
tersebut walaupun ia merupakan kes terpencil dan jarang berlaku.Beliau juga
menjelaskan tindakan tegas perlu dilakukan kerana tidak mahu menjejaskan
kerjaya perguruan.
Menurut perkara yang dibincangkan dalam
artikel ini,ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa isu guru ponteng ini
merupakan satu isu yang serius tidak wajar dipandang enteng oleh guru-guru
walaupun ianya merupakan satu isu yang dilihat tidak meluas dan terpencil.Ini
kerana pihak kementerian sememangnya memandang serius mengenai isu ini kerana
ianya boleh membawa kesan yang buruk terhadap pendidikan di Negara ini khusunya
terhadap anak-anak didik.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk Dr. Wee Ka Siong
di dalam artikel ini di mana beliau menyatakan bahawa pihak kementerian
memandang serius kes tersebut walaupun ia merupakan kes yang terpencil.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk
Dr. Wee Ka Siong juga dilihat sangat
bertepatan dengan satu lagi kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk
Muhiddin Yusin,Pengarah Pelajaran Negeri Sabah seperti yang dilaporkan dalam
akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember 2011 yang bertajuk “Guru
Ponteng Isu Serius”. Datuk Muhiddin Yusin dalam kenyataannya berkata “ Pihak
Kementerian dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah berasa kesal dan memandang
serius tentang ketidakhadiran guru di Sekolah”.Kenyataan tersebut di buatkan
berdasarkan kepada hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK)pada 25 Mei 2010 yang menunjukkan seramai 157 guru dari
14 buah sekolah yang didapati tidak hadir bertugas di sekolah.Selain itu,dalam
artikel yang sama Datuk Muhiddin juga menegaskan walaupun kejadian itu mungkin
terpencil,namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu
melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani dengan sewajarnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang
menteri yang terdapat di dalam artikel-artikel ini secara langsungnya
mempertengahkan mengenai isu ponteng yang dilihat semakin menular serta
berleluasa di dalam kalangan guru – guru di negara ini.Semakin hari semakin
banyak faktor penyebab yang dilihat menjadi punca kepada gejala ini.Gejala
ponteng dikalangan guru ini juga dilihat secara tidak langsungnya telah
mencemarkan nama profesion guru itu sendiri di samping telah melanggar etika
kerja profesion perguruan yang telah digubal.Justeru itu,sebagai bakal
guru,wajarlah isu guru ponteng ini dipertimbangkan serta dibincangkan dengan
serius dan mendalam kerana ianya mencerminkan profesion perguruan yang selama
ini dipandang mulia oleh masyarakat.
2.1 Faktor
Penyebab
Peningkatan
kes ponteng kerja melibatkan guru di negara ini sememangnya berlaku disebabkan oleh beberapa faktor atau
sebab-sebab yang tertentu sama ada melalui sikap guru itu sendiri ataupun
melalui keadaan yang berlaku di sekeliling mereka.Dalam mengkaji isu ponteng
ini,beberapa faktor telah dikenalpasti yang memungkinkan guru-guru akhirnya
mengambil jalan mudah untuk ponteng kerja.
Antara faktor-faktor yang telah dikenalpasti membawa kepada gejala ini
ialah faktor tekanan di tempat kerja yang berlaku ke atas golongan guru ini.Semua
sudah sedia maklum mengenai betapa besarnya cabaran seorang guru pada masa
kini.Mereka terpaksa menghadapi pelbagai karenah pelajar semasa berada di
sekolah di samping terbeban dengan tugas-tugas tambahan yang semakin bertambah
dan tidak masuk akal .Ada juga guru-guru yang tebeban dengan karenah pihak
pentadbiran terutamanya guru besar yang tidak mengambil peduli mengenai
kebajikan guru-guru.
Disebabkan menghadapi pelbagai tekanan yang hebat semasa berada di
sekolah,Akhirnya kebanyakan guru mengambil jalan mudah iaitu dengan tidak hadir
ke sekolah.Situasi yang berlaku adalah seiring dengan kenyataan Randolfi (1996)
yang menyatakan salah satu kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan
pekerja boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti psikologi,fizikal,tingkahlaku
dan organisasi di mana salah satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa
kepada ketidakhadiran pekerja.
Menurut Fletcher (1988), tekanan
di tempat kerja bukanlah suatu fenomena yang terpencil, sebaliknya ianya merupakan
sesuatu yang biasa berlaku. Kenyataan ini membuktikan bahawa guru juga menerima
tekanan di sekolah di mana ianya bukanlah satu perkara yang luar biasa. Sesiapa
sahaja yang sedang berada dalam keadaan tertekan sanggup melakukan apa sahaja
untuk memastikan mereka dapat keluar dari keadaan tersebut. Bagi guru yang
sedang tertekan, tidak mustahil mereka akan terfikir untuk ponteng kerja.
Selain daripada tekanan tempat kerja,faktor
lain yang membawa kepada gejala ponteng kerja ini adalah disebabkan oleh
tuntutan dan masalah peribadi.Ini berikutan terdapat kes di mana guru sanggup
ponteng sekolah untuk kembali ke kampung halaman terlebih awal.Perkara ini
kebanyakannya berlaku di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak disebabkan
kesukaran untuk mendapatkan tiket pulang ke semenanjung.Oleh sebab itu,para
guru sanggup mencipta pelbagai alasan termasuklah memalsukan sijil cuti sakit
dengan tujuan untuk mendapat kebenaran daripada Guru Besar.
Hal ini telah disahkan melalui kenyataan
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin bin Yusin dalam laporan
akhbar Berita Harian bertarikh 2 Jun 2010 yang bertajuk “Guru Ponteng Sebelum
Cuti Dikenalpasti”.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya berkata perkara itu
dikenalpasti hasil lawatan jemaah nazir sekolah dari Kementerian Pelajaran ke
sekolah-sekolah baru-baru ini.Beliau juga menambah dalam dalam kenyataannya,
“Jabatan kami sedang menunggu laporan rasmi bertulis daripada jemaah nazir itu
sebelum mengambil tindakan yang perlu sebab guru-guru tidak dibenarkan
meninggalkan sekolah mereka sebelum cuti penggal bermula”.
Faktor
lain yang membawa kepada gejala ini ialah faktor pengaruh rakan sebaya ataupun
rakan sejawat semasa bekerja di sekolah.Perkara ini banyak berlaku kepada
guru-guru baru yang dilihat terpengaruh dengan sifat rakan guru yang
malas,membuat kerja sambil lewa dan juga ponteng kerja.Besar kemungkinan
ponteng sudah menjadi kebiasaan bagi guru-guru yang berada di sekelilingnya dan
ini menjadikan guru tersebut terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan sahsiah
negatif guru lain lebih-lebih lagi jika pihak pentadbir sekolah tersebut tidak
menangani isu ponteng ini dengan lebih serius.
Selain
itu,faktor disiplin pelajar juga boleh diambil kira sebagai salah satu sebab
mengapa seseorang guru hilang semangat untuk hadir ke sekolah.Ini berikutan
guru-guru terpaksa berhadapan dengan masalah disiplin pelajar yang dilihat
sangat kritikal terutamanya di kalangan kelas-kelas yang diajar sendiri oleh
mereka hampir setiap hari.Menurut Menurut Nogueira (dipetik dari Jesus &
Conboy, 2001), kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila
berhadapan dengan pelajar, contohnya “Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini”.
Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang
bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah,
membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama
setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan
keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam
menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak
menghadirkan diri ke kelas terbabit.
2.2 Implikasi Isu Guru Ponteng Kepada Bidang
Keguruan
Sememangnya isu gejala ponteng
dalam kalangan guru ini membawa implikasinya yang tersendiri kepada bidang
keguruan ini.Implikasi yang utama adalah yang terjadi kepada diri guru itu
sendiri.Ini kerana apabila memegang tugas sebagai penjawat awam,etika kerja
haruslah dipenuhi.Namun apabila guru sudah hilang minat untuk mengajar dan
selalu ponteng kerja,maka perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan
prestasi kerjanya semakin merosot.Atas sebab inilah munculnya istilah ‘burn
out’ untuk guru-guru yang sudah kehilangan rasa minat terhadap profesion
keguruan.
Selain itu,gejala ponteng dalam kalangan guru
juga boleh menyebabkan murid-murid akan tercicir di dalam pelajaran mereka.Ini
berikutan pelajaran yang sepatutnya dikuasai oleh murid tidak dapat
diaplikasikan terutamanya dalam menjawab soalan-soalan ujian dan
peperiksaan.Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan masalah
pembelajaran dalam kalangan murid di sekolah.Perkara ini sememangnya boleh
dikaitkan dengan kenyataan Finlayson (2003) yang menyatakan sekirannya seorang
guru membuat masalah dan masalahnya tidak bertambah baik,maka ianya akan
memberikan kesan yang negatif terhadap tahap pendidikan dan juga pengalaman para
remaja.
Apabila isu ponteng membawa kesan kepada
murid,ia juga secara tidak langsungnya memberi impak kepada pihak sekolah.Ini
kerana masalah murid dalam pelajaran akan menyebabkan kemerosotan yang ketara
dalam peperiksaan.Situasi ini seterusnya akan menjejaskan prestasi sekolah di
dalam bidang akademik.Kemerosotan peratus peperiksaan akan menyusahkan pihak
sekolah yang terpaksa menjawab dengan pihak jabatan mengenai punca kemerosotan
prestasi.Sekolah pastinya akan dikategoikan sebagai sekolah berprestasi rendah.Perkara
ini sememangnya akan menjatuhkan imej sekolah dan juga pentadbiran seterusnya
akan dibebankan dengan pelbagai program untuk memperbaiki serta memulihkan imej
sekolah yang tercalar.
Walaupun gejala ponteng hanya dilakukan oleh
segelintir guru,tetapi seperti kata pepatah “kerana nila setitik,rosak susu
sebelanga”.Kesan daripada tidakan segelintir guru tadi akan merosakkan serta
mencemarkan imej profesion keguruan.Ini bertepatan dengan kenyataan Datuk
Muhiddin Yusin dalam mengulas mengenai isu guru ponteng yang berlaku di
Sabah.Datuk Muhiddin dalam kenyataannya menegaskan walaupun kejadian itu
mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana
ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
Kenyataan Datuk Muhiddin ini
menunjukkan betapa isu salahlaku guru boleh merosakkan serta mencalar imej
profesion keguruan.Tambahan pula masyarakat pada hari ini lebih cenderung untuk
melihat serta menilai sesuatu perkara yang negatif berbanding perkara yang
positif apatah lagi kalau ianya melibatkan profesion keguruan.Isu salah laku
ini akan menyebabkan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa akan memandang sinis
profesion perguruan serta menjadi tidak yakin dengan kebolehan guru-guru dalam
mendidik anak-anak mereka.
2.3 Cadangan Langkah-Langkah Penyelesaian Isu
Guru Ponteng
Dalam usaha bagi menyelesaikan
masalah atau gejala ponteng dalam kalangan guru ini,dilihat usaha ini tidak
hanya tertumpu kepada satu pihak sahaja malah ianya memerlukan peranan besar
dari semua pihak.Pihak-pihak yang dilihat dapat membantu bagi mengatasi masalah
ini termasuklah pihak kerajaan,pihak pentadbir,dan juga pihak guru itu sendiri.
Dalam konteks pihak
kerajaan,ia bukanlah hanya tertumpu kepada kerajaan pusat malah ianya
memerlukan kerjasama yang jitu daripada Jabatan Pelajaran Negeri.Jabatan
Pelajaran Negeri hendaklah sentiasa mempertingkatkan serta menambahbaik sistem
pemantauan terhadap sekolah-sekolah melalui Jabatan Pelajaran Daerah
terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman.Pemantauan hendaklah dilakukan
dengan cermat dan seksama dan bukannya dilakukan secara sambil lewa ataupun
secara pandang sebelah mata sahaja.
Perkara ini dilihat bertepatan dengan
rancangan yang diutarakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Sabah,Datuk Muhiddin
Yusin dalam kenyataan di dalam akhbar Utusan Borneo yang bertarikh 24 Disember
2011 di mana Datuk Muhiddin di dalam kenyataannya memperkenalkan program AKUN
yang bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah disamping dapat
memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling
dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu
e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir
Beliau
juga dalam kenyataannya berkata “Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang
dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan
dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif,” dan mengharapkan kepada semua
warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi
dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap orang akan dipantau dan diselia
dengan sewajarnya.
Seterusnya bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang satu langkah atau apa-apa bentuk program bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti atau program,pihak sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem pentadbiran dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalammeningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.
Seterusnya bagi pihak sekolah pula,pihak pentadbir hendaklah merancang satu langkah atau apa-apa bentuk program bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para-para guru.Tidak hanya tertakluk kepada aktiviti atau program,pihak sekolah juga boleh duduk berbincang untuk mengkaji kembali sistem pentadbiran dengan tujuan untuk lebih mengutamakan kepada kebajikan guru-guru. Bagi memastikan motivasi para guru ini dapat dipertingkatkan semula, Menurut Jesus dan Conboy (2001), mengatakan bahawa program motivasi yang tersusun mampu untuk membantu para guru menjalankan tugas mereka dengan penuh keyakinan dan kepuasan. Ianya bermaksud, program-program motivasi ini mampu untuk membina semula semangat para guru yang hilang disebabkan kemelut tekanan. Jesus dan Conboy (2000) juga mengatakan, program pendidikan guru telah menunjukkan keberkesanan di dalammeningkatkan kembali motivasi para guru. Hal ini telah membuktikan bahawa program motivasi yang baik mampu memberi kesan yang positif kepada guru di dalam meneruskan kerjaya mereka dalam bidang pendidikan.
Selain itu,dari pihak pentadbir sendiri
terutamanya Guru Besar atau Pengetua di mana mereka juga perlu untuk melakukan
pemantauan dalaman dengan lebih kerap terhadap guru-guru yang berkhidmat di
bawah mereka.Ini adalah untuk mengelakkan prestasi kerja guru semakin
menurun.Jika pemantauan lebih kerap dilakukan,pentadbir akan dapat mengetahui
jika terdapat guru yang bermasalah dari segi kehadiran ke sekolah.Jika tiada
sebarang pemantauan dilakukan oleh pihak pentadbir,sudah tentunya aka nada
segelintir guru yang mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut.Lebih baik
pihak sekolah bertindak lebih awal sebelum pihak JPN sendiri yang membuat tindakan
kerana ia sudah tentunya akan membawa masalah yang besar kepada sekolah.
Namun segala perancangan yang dirancang oleh
mana-mana pihak tidak akan membawa apa-apa manfaat sekiranya diri seseorang
guru itu sendiri tidak mempunyai tekad serta keazaman untuk berubah dan
memotivasikan diri sendiri.Untuk itu,dalam usaha bagi membanteras gejala
ponteng kerja ini,sememangnya ia memerlukan kerjasama yang jitu dari pihak guru
itu sendiri dimana seseorang guru hendaklah mempunyai kesedaran untuk sentiasa
memperbaiki diri sendiri.Untuk ini,jalan terbaik adalah untuk kembali kepada
pegangan agama.In kerana dengan mendalami ilmu agama,seseorang guru itu sedar
akan sesuatu peranan dan tanggungjawab yang
diamanahkan perlu dilaksanakan sebaik mungkin serta dilaksanakan dengan
hati yang tulus ikhlas.
3.0 RUMUSAN
Secara
kesimpulannya,dalam menempuh kehidupan sebagai seorang guru,sesorang itu
hendaklah membuat persediaan yang rapi dari pelbagai aspek terutamanya dari
segi ketahanan mental.Ini kerana dalam dunia globalisasi pada hari ini,kerjaya
perguruan dilihat menjadi semakin mencabar dan ia sememangnya memerlukan
pengorbanan yang tinggi jika seseorang itu mahu menempuhinya.
Isu-isu etika
atau salah laku guru yang berlaku pada hari berkemungkinan besar berlaku adalah
disebabkan oleh kekurangan persediaan yang rapi daripada bakal-bakal guru yang
bakal berkhidmat.Isu ponteng dalam kalangan guru ini sudah menjadi satu wabak
yang serius yang mengjangkiti sistem perguruan bidang pendidikan di Negara
kita.Jika ianya dibiarkan tanpa sebarang langkah rawatan,sudah tentunya ia akan
melumpuhkan system pendidkan di negara kita.
Sebagai
seorang guru,kita hendaklah mengambil iktibar terhadap isu-isu keguruan yang
timbul ini supaya kita dapat mengorak langkah bagi menaikkan martabat profesion
perguruan ini sekaligus menjadi kerjaya guru sebagai satu kerjaya yang
profesional.Untuk itu,bagi menjadi guru yang berkualiti,seseorang guru perlulah
menjauhkan diri daripada sebarang isu yang boleh menjatuhkan martabat profesion
perguruan.
Oleh itu,guru
perlu sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri dan melaksanakan
tanggungjawab mendidik generasi agar golongan itu bukan sahaja cemerlang dalam
pelajaran bahkan dari segi akhlak dan tingkahlaku.Kita seharusnya sanggup untu
menggalas tanggungjawab yang diberikan dan bersedia untuk mengorbankan masa dan
tenaga demi kemajuan anak muda bangsa seterusnya negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.